PH jatuh bukan ditolak, tetapi dikianati Ahli Parlimen

PH jatuh bukan ditolak, tetapi dikianati Ahli Parlimen

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan Pakatan Harapan (PH) jatuh bukan disebabkan ditolak oleh rakyat.

Sebaliknya beliau menjelaskan, kejatuhan itu disebabkan tindakan ahli Parlimen yang mengkhianati parti.

“PH tidak jatuh melalui rakyat yang tolak tapi pengkhianatan oleh ahli Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar? yang turut menampilkan seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli di Kompleks Kumpulan Karangkraf, hari ini.

Walau bagaimanpun katanya, pendekatan rundingan tetap wujud dan berjalan bersama parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang menjurus kepada melihat punca PH kehilangan banyak kerusi.

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, parti itu kini bergerak ke hadapan bagi mengukuhkan parti dan kerjasama PH serta mengenal pasti penolakan rakyat dalam pilihan raya.

“Kita tidak akan lagi terjebak dengan pertikaian masa silam. Sekarang adalah masa untuk meyakinkan balik rakyat terhadap PKR dan PH.

“Kami sudah selesaikan jumlah kerusi yang disasarkan dan mahu dimenangi. Insya-ALLAH, dulang kemenangan jadi milik kita bersama,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )