PH adalah kita semua, bukan Tun, bukan Anwar!!

PH adalah kita semua, bukan Tun, bukan Anwar!!

“Geng PH jangan mengutuk logo dan prestasi sendiri, sebaliknya bina kesatuan dan perpaduan serta nyatakan kelebihan PH.

“PH bukan Tun atau DSAI. PH adalah kita semua yang telah bersatu menjatuhkan BN dan berusaha menghasilkan kerajaan yang bersih,” ciap Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad di Twitternya semalam.

Belaiu menasihatkan agar anggota dan penyokong Pakatan Harapan (PH) mengukuhkan kekuatan blok pembangkang itu.

Ahli Parlimen Shah Alam itu menegaskan PH bukan sekadar tentang personaliti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir atau pun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap pengguna Twitter, Farhan Zulkefly yang menyangka PH akan menggunakan kesempatan ketika PN sudah ‘nazak’ pada masa ini.

Kelmarin, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nasional, Akmal Nasrullah Md Nasir mencadangkan untuk menggunakan logo PKR bagi mewakili PH dalam PRU15 untuk “mengembalikan keyakinan rakyat”.

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata demikian dalam ucapan dasar persidangan tahunan AMK Kongres Nasional Tahunan PKR 2020.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (1 )