Pesanan Nurul Izzah  kepada bapanya Anwar

Pesanan Nurul Izzah  kepada bapanya Anwar

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, mengingatkan bapanya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap cabaran bakal dipikul dengan jawatan tersebut.

Katanya sejurus selepas bapanya (Anwar) diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-10, dugaan bukan sahaja hadir ketika berhadapan dengan kekalahan tetapi juga semasa memperoleh kemenangan.

“Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini, adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan, menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.

“Cabaran tetap menanti dan selepas upacara angkat sumpah iaitu usaha menyatupadukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi rangsangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.

Saya sayang papa, sentiasa bangga dengan papa – walaupun papa terpenjara disebabkan prinsip,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )