Persoalan kos sara hidup di Dewan Rakyat, mana Perdana Menteri?

Persoalan kos sara hidup di Dewan Rakyat, mana Perdana Menteri?

Ketua pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kekesalannya selepas soalan yang dikemukakan untuk sesi soal jawab lisan berkaitan isu kos sara hidup rakyat tidak dijawab di Dewan Rakyat.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, seharusnya persoalan yang banyak berbangkit mengenai isu itu dijelaskan di Dewan Rakyat, berikutan ia masalah sedang menghimpit rakyat ketika ini.

“Soalan asal saya adalah mengenai kos sara hidup. Perdana Menteri tak hadir, oleh itu mungkin Menteri Pertanian (dan Industri Makanan), (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal) Pengguna, (Menteri) Komunikasi (dan Multimedia). Jadi, ada empat atau lima kementerian (boleh jawab).

“Saya faham soalan ini perlu dijawab oleh salah satu Menteri. Kalau Perdana Menteri tak hadir, bagi saya kos sara hidup ini soal yang paling utama yang dihadapi oleh rakyat. Saya tidak fikir ini (penolakan soalan itu) wajar diterima,” katanya.

Anwar kemudian mengemukakan soalan meminta kerajaan menyatakan persediaan dilaksanakan sejak bencana banjir tahun lalu bagi meningkatkan kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi bencana banjir, khususnya menjelang kedatangan musim tengkujuh tahun ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )