Permintaan tinggi punca bekalan ubat kurang

Permintaan tinggi punca bekalan ubat kurang

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, isu kekurangan bekalan ubat-ubatan yang ketika ini bukan disebabkan pembelian panik oleh orang ramai.

Sebaliknya, beliau menjelaskan ia ekoran permintaan tinggi ubat-ubatan tertentu susulan penularan COVID-19 varian Omicron sebelum ini dan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada waktu ini.

Bagaimanapun, Khairy berkata keadaan itu tidak berlaku di seluruh negara sebaliknya hanya membabitkan beberapa lokasi dan ubat-ubatan tertentu dan beliau memberi jaminan bekalan ubat-ubatan di negara ini secara keseluruhannya mencukupi.

“Sebab banyak ubat-ubatan yang dikatakan kurang ini, bukan tak ada, tapi dikatakan kurang ini adalah ubat untuk penyakit biasa macam selesema, demam, sakit kepala dan sebagainya.

“Jadi mungkin itu ada kaitan dengan hari itu ramai yang dijangkiti COVID-19 dan juga selepas ini HFMD, jadi mungkin dari segi pembelian itu… permintaan itu meningkat disebabkan fenomena tersebut,” katanya pada sidang media.

Khairy berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melakukan semakan dengan pengeluar dan pengimport ubat-ubatan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai bekalan selain mendapatkan maklum balas daripada Persatuan Perubatan Malaysia serta klinik-klinik swasta.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )