Perbodohkan rakyat: Alahai, Che Lah mimpi basah!

Perbodohkan rakyat: Alahai, Che Lah mimpi basah!

Ketika banyak kritikan dilemparkan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) ekoran peningkatan mendadak kes Covid-19 lain pula pendapat wakil rakyat PAS atau lebih dikenali sebagai Parti Penunggang Agama.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menganggap rakyat sangat berpuas hati dengan pencapaian PN mentadbir negara ketika dilanda gelombang Covid-19.

Menurutnya, Pas mempertahankan kerajaan PN yang dibentuk bersama Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai kerajaan yang kukuh dan diterima baik rakyat.

Pelik sungguh admin, daripada mana kajian ini dibuat? Rakyat mana yang ‘bodoh’ sangat dalam menyatakan rasa ‘puas hati’ mereka dengan pencapaian kerajaan TEBUK ATAP ini menangani krisi COVID-19?

Che Abdullah ni baru bangun tidur atau berhalusinasi? Seeloknya kencing dalam tempurung dan lihat muka anda dalam air tu! Pasti ada jawapannya.

Juga admin hampir nak hantuk kepala bila baca kenyataan yang kononnya kerajaan hasil pengkhianatan mandat rakyat ini diterima baik oleh rakyat. Ikut celah mana? Setahu admin, kerajaan PN dimaki hamun setiap hari oleh rakyat atas kegagagalan mereka dalam semua perkara.

Kecuali beberapa kejayaan dalam pembelian Vellfire di Kedah, Mercedes Benz di Kelantan, juga pembelian kereta mewah di Perak sebagaimana yang diakui oleh Menteri Besarnya sendiri, Faizal Azumu.  Itu kejayaan jelas usaha keras kerajaan Perikatak Nasional termasuk tabur jawatan GLC demi sokongan dan kes balak di Kedah.

Tapi yang bagusnya, mereka menyatakan mereka tidak berpolitik dalam keadaan Pandemik yang melanda negara. Puih!!! Kesialan apakah yang kita terima sekarang ini?

“Sebenarnya, rakyat tidak meluat terhadap kerajaan. Kerana, rakyat sangat berpuas hati dengan prestasi kerajaan mentadbir negara di tengah-tengah pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini,” kata Che Lah dipetik Astro Awani.

Dia yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan lndustri Makanan II berkata, kerajaan masih mempunyai wang untuk membantu rakyat walaupun berlaku perubahan kerajaan dan aktiviti ekonomi terhenti sejak Mac lalu.

Walhal, ujarnya, sebelum ini rakyat diberikan gambaran bahawa negara tidak mempunyai sumber kewangan.

Sehubungan itu, rakyat, dakwa Che Abdullah rasa meluat dengan langkah yang dianggapnya sebagai ‘politik panas’ pada masa ini.

Wahai Che Lah, admin nak tepuk bahu Che Lah ni, bagi sedar sepenuhnya dari ‘mimpi basah’ Che Lah ya. Maklumlah berpeluh-peluh dibuai mimpi.

Dasar penunggang agama tak tahu ada rasa malu, dah rampas hak orang, masuk ikut atap, khianat mandat rakyat, guna dalil itu ini untuk membenarkan apa sahaja tindakan haram jadah mereka.. sekarang mendakwa kononnya rakyat meluat dengan ‘politik panas’.

Hello Che Lah, sedar ke tak sedar, ‘politik panas’ tu dicetuskan oleh puak-puak demo. Puak tunggang agama demo ni memang sah jenis perasan ahli syurga, perasan baik dan tak pernah muhasabah diri. Sebab perasan suci.

Kenapa nak sentuh sangat pasal negara banyak wang? Takut kalau dipersoalkan tentang pembelian kereta mewah? Atau takut dipersoalkan tentang bayaran gaji kepada Pengerusi GLC di Terengganu sehingga menelan belanja RM 55k seorang?

Admin nak Che Lah dan para walaun sedar dan baca fakta ini:

Kisah At Takiri tak kuarantin, bila nak selesai? Burung hud-hud dah terbang ke? Menteri Air Suam pula sampai sekarang hilang dari radar bersama dua timbalannya, Menteri Alam sekitar pula suruh tadah air hujan untuk kegunaan harian, kes Tar Senik tunjuk burung 3 inci dan skandal dengan bini orang tu, nak sorok mana?, Tuan Guru yang jadi Duta Khas makan gaji buta tu jangan kata rakyat tak tahu, Menteri Agama kena Covid sebab langar SOP, malah Perdana Menteri sendiri akui COVID-19 mencanak naik sebab PRN di Sabah.

Persoalannya yang admin nak tanya kepada Che Lah, ikut celah mana puas hati rakyat dan atas dasar apa kerajaan PN dikatakan kukuh? Cuba minta Muhyiddin buka undian di Dewan Rakyat, rasanya Che Lah bakal terberak!

Sah, Parti Penunggang Agama suka bercakap ikut lepas mulut, otak simpan dalam peti ais kasi beku. Bukan setakat meluat, rakyat dah muntah hijau!!

 

Berani Kerana Benar!!

Editor (Jom Channel.Net)

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )