Perbetul landasan PH, Rafizi didesak kembali ke pentas politik

Perbetul landasan PH, Rafizi didesak kembali ke pentas politik

Tinjauan mendapati bukan sahaja dalam kalangan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR), malah akar umbi Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP juga turut menyeru agar Rafizi Ramli kembali ke lapangan politik membantu PH kembali ke landasan yang wajar.

Rafizi sebelum ini dikatakan telah menjadi arkitek di sebalik penubuhan PH dan antara individu yang membantu penubuhan AMANAH bagi menggantikan PAS yang dikatakan bersekongkol dengan UMNO pada ketika itu.

Rafizi melalui Invoke di bawah seliaan beliau telah turun ke lapangan dan melalui gerak kerja beliau berjaya membantu PH menumbangkan BN yang telah mentadbir selama enam dekad.

Teguran Rafizi berkaitan ‘kartel’ dalam PKR juga tidak diendahkan sehingga berlaku Langkah Sheraton yang menyaksikan pengkhianatan ‘kartel’ dalam PH dan tumbangnya kerajaan PH yang hanya memerintah selama 22 bulan.

Beberapa hari lalu, keputusan PRN Melaka menyaksikan PH kehilangan lapan kerusi yang disandang iaitu tiga kerusi dari PKR, empat dari DAP manakala satu kerusi dari AMANAH.

Ini merupakan kekalahan paling teruk dialami PH terutama PKR yang tewas di kesemua 11 kerusi yang ditandingi.

Dapatan di media sosial terutama Facebook mendapati akar umbi PH mahu Rafizi kembali ke politik dan membantu PH bagi menghadapi PRN Sarawak yang dijangka berlangsung pada bulan Disember ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )