Perbalahan dalam PN bawa celaka kepada rakyat!

Perbalahan dalam PN bawa celaka kepada rakyat!

Reaksi kepada konflik yang berlaku sekarang ini, Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan ahli-ahli politik Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berbalah kerana mereka seperti membawa ‘celaka’ dan ketidakstabilan buat rakyat.

Beliau menyindir bahawa terdapat sebahagian pemimpin politik yang berangan-angan untuk membubarkan Parlimen dan mengheret rakyat untuk berpilihan raya dalam keadaan negara berdepan gelombang Ketiga pandemik Covid-19.

“Pemimpin negara semakin kaget dan cenderung untuk sekadar mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sahaja.

“Berhenti berpolitik termasuk berbalah sesama sendiri dalam Perikatan Nasional, sekaligus membawa celaka dan ketidakstabilan buat rakyat dan negara.

“Dengan kes positif melepasi 125,000, dan kematian melebihi 515 kes sehingga merekodkan kes terbanyak iaitu 3027 kes pada semalam, Malaysia berada dalam posisi yang amat gawat,” katanya dalam satu hantaran Facebooknya semalam.

Menurutnya, fasiliti-fasiliti Kesihatan awam khasnya hospital Covid-19 sudah hampir sarat dengan pesakit.

Malah, kes kategori 1 bagi pesakit tidak bergejala juga tidak lagi dimasukkan ke hospital dan menjalani kuarantin di rumah.

“Kejayaan awal Malaysia hampir musnah ditelan cabaran Gelombang ke-3 yang malangnya tidak dijangkakan sebegini dahsyat,” katanya.

Sementara itu, Dr Dzulkefly juga mengulas surat terbuka kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang ditandatangani lebih 40 pakar perubatan negara.

“Surat terbuka ini sememangnya tepat dan wajar untuk perdana menteri kelapan bertindak!

“10 pelan tindakan kritikal yang disarankan dalam surat terbuka ini adalah amat mustahak dilaksanakan segera,” katanya lagi.

Menurut surat terbuka itu, pakar-pakar mengambil maklum ‘pengurusan pandemik Covid-19 negara yang memberi gambaran suram dan tidak terkawal.’

“Walaupun dijalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan intervensi kesihatan yang lain, laporan harian kes masih tidak menunjukkan tren penurunan,” kata surat tersebut.

Ia sangat menakutkan, mengerikan dan membimbangkan. Ini bukan satu lawak jenaka untuk ditertawa sepanjang malam. Ini soal hidup mati dan masa depan rakyat dan negara.

Tolonglah wahai pemimpin yang terlalu gilakan kuasa dan wang ringgit, hentikan semua ini atau Malaysia menjunam ke arah kehancuran.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )