Penunggang agama membisu bila jadi kerajaan.

Penunggang agama membisu bila jadi kerajaan.

Pemuda AMANAH membidas Pas yang terus membisu dalam isu kekerapan cabutan khas nombor ramalan yang ditambah pada tahun 2021 setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional hari ini.

Naib Ketua Pemuda AMANAH, Nasional Muhamad Khairul Mohd Ali berkata, PAS sebelum ini siang dan malam membuat propaganda bahawa Pakatan Harapan membiarkan aktiviti judi berleluasa sedangkan Pakatan Harapan mengambil langkah sebaliknya.

Kerajaan Perikatan Nasional secara senyap-senyap didakwa telah meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan 4 digit daripada 8 kali setahun pada tahun ini kepada 22 kali pada tahun hadapan.

Berbeza sewaktu Pakatan Harapan setelah menjadi kerajaan telah mengurangkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan 4 digit sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2018, dikurangkan daripada 22 kepada 11, dan sekali lagi pada tahun 2020 daripada 11 kepada 8 kali cabutan sahaja setahun.

*“Kini setelah Perikatan Nasional menjadi kerajaan, cabutan nombor ramalan ini dinaikkan 2 kali ganda. Dan PAS membisu dalam soal ini seolah-olah menghalalkan keputusan yang dibuat bersama Perikatan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan.Katanya, ramai yang terlibat dengan aktiviti nombor ramalan ini adalah golongan B40, lebih-lebih lagi, dalam situasi pandemik sekarang, rakyat tertekan dengan pendapatan yang semakin berkurangan.

Justeru, Pemuda AMANAH Nasional menggesa Kerajaan Muhyiddin segera menarik balik keputusan meningkatkan cabutan nombor ramalan dan mengurangkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan.

Sementara itu, rata-rata warganet mempersoal dan ingin melihat sejauh mana perkembangan terhadap usaha PAS dalam memerangi judi setelah menjadi sebahagian kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Pas Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pernah menggesa usaha memerangi judi bukan terhenti setakat perjudian haram.

Ahmad Marzuk juga tahun lalu menegaskan tiada pihak yang dapat menyangkal kedudukan Pas yang telah lama mempelopori usaha memerangi judi di negara ini.

“Ini dibuktikan dengan kepimpinan Arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan yang terus mengharamkan premis judi ‘halal’ di Kelantan sebaik sahaja Pas memenangi Pilihan Raya Umum Negeri Kelantan pada tahun 1990.

“Kelantan menjadi model kerajaan negeri pertama dalam negara yang bersih daripada premis judi,” kata bekas Exco Dewan Pemuda Pas Kelantan itu mendabik dada.

Untuk makluman, Ahmad Marzuk kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam kerajaan ‘tebuk atap’. Namun sekarang diam membisu dan kononnya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bertindak secara dalaman.

Apa pula kata anda dengan tindakan kerajaan Melayu Islam yang selama ini melaungkan Islam terancam dan mengadakan Langkah Sheraton untuk menyelamatkan Malaysia? Jawapan ada pada anda yang bijaksana lagi rasional.

Jangan sesekali meletakkan agama di telapak kaki demi kuasa dan sokongan pemimpin yang kita sanjung. Muktamad. Jadilah rakyat yang berprinsip.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )