Penubuhan GTA bakal bawa perpecahan undi Melayu

Penubuhan GTA bakal bawa perpecahan undi Melayu

Gerakan Tanah Air (GTA) yang dibangunkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan memberi ancaman besar kepada parti politik Melayu sedia ada.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, walau bagaimanapun penubuhan gerakan itu dilihat akan membawa kepada perpecahan undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, situasi terbabit akan memberi keuntungan kepada pihak satu lagi terutama UMNO-Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

“Setakat ini penubuhan GTA tidak beri ancaman terlalu besar kerana BN memang dah kekal dengan kelompoknya, Pakatan Harapan dah ‘established’, Perikatan Nasional semakin lama semakin berkembang, PAS dan BERSATU dengan keahlian bertambah.

“Tetapi ia mungkin boleh membawa kepada perpecahan undi kerana kalau berlaku yang untungnya pihak satu lagi terutama di sebelah UMNO/BN dan Pakatan Harapan.

“Jadi ini perkara yang perlu diperhatikan dalam kita menghadapi PRU15,” katanya kepada media.

Menurutnya, setakat ini BERSATU belum membuat keputusan sama ada akan turut serta dalam GTA atau sebaliknya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )