Pengurusan mitigasi banjir KL: Shahidan dan DBKL sedia dipanggil

Pengurusan mitigasi banjir KL: Shahidan dan DBKL sedia dipanggil

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu pengurusan mitigasi banjir di ibu negara membabitkan peruntukan bernilai RM329.33 juta.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Shahidan Kassim berkata pihaknya akan hadir prosiding jika dipanggil PAC dan sedia memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Saya bersama KWP dan DBKL akan hadir jika dipanggil oleh PAC dan sedia memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan memanggil mereka dibuat susulan penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri Satu, yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Dalam kenyataan sama, Shahidan turut menafikan sebarang kejadian banjir kilat berlaku di ibu negara susulan hujan lebat semalam.

“Terdapat kekeliruan dalam kalangan rakyat yang menyangkakan berlaku lagi banjir kilat di Kuala Lumpur, semalam selepas sebuah media elektronik menggunakan dan menyiarkan ‘footage’ lama banjir kilat yang berlaku sebelum ini.

“Meskipun hujan lebat turun di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur, semalam, tiada sebarang kejadian banjir kilat berlaku di ibu negara,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )