Penerimaan Pengerusi MPN-PKR, bukti tiada perpecahan dalam parti

Penerimaan Pengerusi MPN-PKR, bukti tiada perpecahan dalam parti

Naib Presiden PKR, Dato’ Seri Aminuddin Harun menyifatkan, penerimaan Ketua-ketua Cabang terhadap pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi penggal 2022-2025 membuktikan tiada perpecahan berlaku dalam parti itu seperti yang didakwa.

Malah, penerimaan daripada semua Ketua Cabang adalah baik dan ini merupakan satu langkah yang bijak daripada Presiden PKR.

“Orang luar menganggap selepas pemilihan parti pastinya berlaku perpecahan teruk tapi kita lihat bahawa jentera terhindar daripada perkara tersebut apabila kita lihat pelantikan dibuat, Ketua-ketua Cabang mampu terima dan tidak berpecah.

“Saya nampak semalam, kehadiran Ketua-ketua Cabang menunjukkan sokongan terhadap keputusan yang dibuat oleh Presiden.

“Kita harap bahawa masa yang pendek ini dapat kita gunakan untuk memperkukuhkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dimaklumkan antara bulan Oktober hingga tahun hadapan,” katanya.

Pada Rabu, Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya memaklumkan setelah rundingan dibuat kesemua Ketua Cabang di Negeri Sembilan bersetuju mengekalkan Aminuddin sebagai Pengerusi MPN Negeri Sembilan.

Pada masa sama, semua Ketua Cabang negeri Johor juga bersetuju dengan pelantikan Rafizi Ramli sebagai Pengerusi MPN Johor.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )