Pemuda UMNO perguna ‘Mat Kilau’ demi kepentingan politik

Pemuda UMNO perguna ‘Mat Kilau’ demi kepentingan politik

Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilihat seolah-oleh mempergunakan Datuk Adi Putra yang memegang watak Mat Kilau dalam filem epik Melayu untuk membantu jentera Pemuda BN di negeri-negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Situasi ini dapat dilihat melalui kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Katanya, hero filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan membantu jentera Pemuda BN untuk berkempen ke setiap negeri menjelang PRU nanti.

“Menerima kunjungan Hero Mat Kilau pelakon tersohor yang juga merupakan sahabat saya Datuk Adi Putra.

“Banyak perkara dibincangkan termasuk cabaran mempelbagaikan pendekatan mencanai nilai patriotisme di kalangan anak-anak muda masa kini,” katanya.

Asyraf berkata, kononnya hikmah meletopnya filem Mat Kilau banyak membuka mata anak-anak muda untuk menelaah sejarah tanahair dengan penuh penghayatan.

“Adi Putra juga telah diangkat menjadi ikon Pemuda BN Selangor. Beliau tak dapat bersama dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN baru-baru ni kerana berada di Tanah Suci.

“InsyaAllah beliau bersedia lapangkan masa untuk bantu jentera Pemuda BN di negeri-negeri menjelang PRU15 nanti,” katanya lagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )