Pemilihan PKR diboikot 1,250 ahli Cabang Besut

Pemilihan PKR diboikot 1,250 ahli Cabang Besut

Proses pengundian Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pemilihan sesi 2022 – 2025 yang berlangsung pada Jumaat ini bakal diboikot oleh 1,250 ahli PKR Cabang Besut kerana mendakwa 11 calon yang bertanding dalam pemilihan itu merupakan ahli Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Ketua Cabang PKR Besut, Mohd Nor Ibrahim berkata, langkah itu diambil bagi menuntut pemilihan yang lebih telus memandangkan tiada sebarang tindakan selepas aduan berhubung perkara itu dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

“Aduan dan bukti mengenai keahlian mereka (keanggotaan parti PEJUANG) telah dipanjangkan kepada JPP untuk proses pemutihan namun sehingga kini masih belum ada tindakan diambil.

“Sedangkan sebelum ini tindakan kepada anggota tulen dibuat dengan mudah seperti dipecat keahlian, digantung dan diberi amaran tunjuk sebab tanpa sebarang notis kepada anggota terlibat dalam kes salah laku di peringkat parti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan, pihaknya yakin dokumen deklarasi dan pengakuan calon yang menawarkan diri bertanding tidak dikuatkuasakan menyebabkan perkara itu berlaku.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya mendesak pemilihan parti di peringkat Cabang Besut ditangguhkan sehingga proses pemutihan dan penapisan calon selesai.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )