Pelantikan PM10, beri nafas segar kepada rakyat

Pelantikan PM10, beri nafas segar kepada rakyat

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, menyifatkan pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 memberi harapan segar dan baharu kepada seluruh rakyat yang mahukan kerajaan kukuh dan stabil.

Beliau berkata, pastinya warga Perak turut berbangga memiliki Perdana Menteri dari negeri berkenaan.

“Bagi pihak PH Perak saya mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja diumumkan oleh pihak istana sebagai Perdana Menteri.

“Semoga berita baik ini diiringi dengan perasaan syukur kepada Allah serta rakyat Perak mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sebagaimana kami menzahirkan juga pada semua Paduka-Paduka Tuanku Raja Melayu yang mengamalkan amalan bersyura sebagai tanda mendambakan keberkatan llahi daripada membuat keputusan besar ini demi negara tercinta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )