Pelantikan Ahmad Idham dan Eizlan Yusof rasional

Pelantikan Ahmad Idham dan Eizlan Yusof rasional

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pelantikan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Datuk Seri Eizlan Yusof masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif Kementerian Luar selaras objektif membangunkan Diplomasi Budaya di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia.

Beliau berkata, ianya bertujuan membantu terutamanya dua Kementerian yang bertugas untuk pembangunan seni dan budaya iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Kementerian Seni dan Budaya (MOTAC).

“Dr Ahmad Idham meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS dan berkhidmat sebagai Setiausaha Kebudayaan kepada Menteri Luar menggunakan jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK) sedia ada.

“Beliau meletakkan jawatan gred JUSA B dan berkhidmat sekarang separuh gaji sebab gred 54, jadi beliau buat khidmat negara manakala Datuk Seri Eizlan saya lantik sebagai pakar perunding kreatif tanpa sebarang gaji,” katanya menjawab soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) mengenai rasional pelantikan kedua-dua individu berkenaan pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )