Pelakon pukul penghuni kondo dibebaskan dengan jaminan polis

Pelakon pukul penghuni kondo dibebaskan dengan jaminan polis

Seorang pelakon lelaki tempatan yang diberkas selepas dipercayai memukul seorang individu di sebuah kondominiun di Sentul Khamis lalu, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, Beh Eng Lai berkata, pelakon berumur 30-an itu sebelum ini telah direman empat hari untuk siasatan lanjut.

“Suspek yang juga penghuni di kondominium sama diberkas selepas disyaki menumbuk dan menendang mangsa dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu.

“Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas polis selesai merekod keterangan daripadanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Khamis, seorang pelakon ditahan reman tiga hari bermula Sabtu hingga Isnin bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul di sebuah kondominium di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pelakon lelaki berusia 30-an berkenaan yang juga penghuni di kondominium sama disyaki menumbuk dan menendang mangsa dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )