Pekerja jadi mangsa keadaan, MTUC minta MITI kaji semula aplikasi CIMS

Pekerja jadi mangsa keadaan, MTUC minta MITI kaji semula aplikasi CIMS

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor menyifatkan para pekerja sebagai mangsa keadaan akibat kekeliruan mengenai operasi perkhidmatan perlu.

Pihaknya kecewa dan sangsi kerana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) masih membenarkan kilang yang mengeluarkan kasut, buku dan keluli beroperasi, walaupun disenaraikan sebagai bukan perlu.

Sekiranya pekerja tidak hadir bekerja atas kesedaran bahawa kilang bukan dalam perkhidmatan perlu, Kamarul berkata, syarikat akan mengambil tindakan disiplin sehingga pemberhentian kerja.

Beliau turut meminta MITI supaya mengkaji semula aplikasi di bawah Intelligent Management System (CIMS) 3.0 dan menjelaskan syarat yang membolehkan sektor perkilangan perlu beroperasi.

“Ini akan membolehkan pekerja membuat penilaian dan seterusnya melaporkan kepada MITI jika syarikat tidak memenuhi syarat untuk beroperasi,” tegasnya.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )