Pedas!!! Nasihat ikhlas Hasanuddin buat Takiyuddin

Pedas!!! Nasihat ikhlas Hasanuddin buat Takiyuddin

Pedas tapi padat dan tepat. Itu yang boleh disifatkan ‘nasihat’ dan ‘teguran’ yang diberikan oleh Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), YB Hasanuddin Mohd Yunus kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Ia merupakan satu respon kepada kenyataan media YB Takiyuddin pada 12 Jun 2021 yang tidak senada dengan Tan Sri Dr. Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan, jelas menunjukkan bahawa anggota Kabinet PN mempunyai masalah dengan pelaksana jentera kerajaan sendiri.

Hasanuddin berkata Ketua Pengarah Kesihatan bercakap dengan hati yang suci setelah penat melihat bukan sahaja warga KKM yang letih dan telah ramai dijangkiti wabak, malah keseluruhan rakyat yang sangat menderita.

“Sesungguhnya Menteri di JPM bukanlah seorang doktor perubatan, malah kata-kata beliau itu menyerlahkan lagi yang beliau adalah 100% orang politik yang takut kehilangan jawatan.

“Saya percaya KP Kesihatan bercakap sebagai pelaksana dasar kerajaan, tiada kepentingan politik,” tulis beliau dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Rakyat di semua peringkat kini menilai prestasi kabinet PN gabungan PPBM, UMNO, PAS serta sekutu lain mereka yang sangat lemah dan gelabah.

“Mungkin Menteri di JPM perlu mengemaskini agensi di bawah jagaan beliau dahulu iaitu Parlimen & Undang-Undang (buka Parlimen), sebelum hendak memperbetulkan kementerian di bawah jagaan Menteri lain’,” tegur beliau.

Ahli Parlimen Hulu Langat itu turut berkata, kegagalan komunikasi antara ahli kabinet dengan Ketua Jabatan Kerajaan ini, mengukuhkan lagi keyakinan rakyat bahawa kerajaan PN sedang menuju kehancuran. Malangnya yang lebih menderita adalah rakyat.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )