PAS terus menagih cinta UMNO, tidak sanggup menjadi ‘musuh’

PAS terus menagih cinta UMNO, tidak sanggup menjadi ‘musuh’

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS sama sekali tidak bersetuju dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan BN sebagai musuh dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu sebaliknya tetap menegaskan bahawa musuh sebenar penyatuan ummah adalah Pakatan Harapan (PH) dan sekutu-sekutunya termasuk khemah besar.

“PAS kekal dengan pendirian untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai rakan ta’awun (kerjasama) sekali gus tidak bersetuju dengan gambaran BN sebagai musuh dalam PRU15 nanti.

“Kami yakin gabungan atas konsep penyatuan ummah dan perpaduan nasional sahajalah mampu menjadi formula terbaik dan berkesan serta diterima oleh majoriti pengundi ke arah mewujudkan kerajaan prihatin rakyat dengan langkah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada seluruh masyarakat.

“Pada masa sama, penyatuan ini akan memberikan perhatian khusus kepada aspek semak dan imbang,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Takiyuddin, PAS optimis hanya dengan perpaduan dan kerjasama politik antara parti-parti utama Melayu Islam sahaja akan dapat mengelakkan pertandingan lebih daripada dua penjuru dalam PRU15.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )