PAS nafi gilakan UMNO sebab BERSATU dah hilang pengaruh

PAS nafi gilakan UMNO sebab BERSATU dah hilang pengaruh

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, menyifatkan parti BERSATU mempunyai kekuatan dan pengaruh mereka yang tersendiri.

Malah, beliau turut menafikan bahawa parti itu mahu kembali bersama UMNO kerana BERSATU sudah hilang pengaruh.

“Saya rasa tidak hilang pengaruh kerana keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Melaka, kita tengok pengaruh BERSATU masih kuat dan ada sokongan.

“Malah, hasil soal selidik yang kita buat pun mereka ada sokongan dan menang di Melaka dan di Johor. Saya fikir BERSATU ada pengaruh walaupun mungkin cawangan jentera tidak sekuat PAS yang lama, tetapi secara realiti kita ada kira-kira 43 peratus pengundi atas pagar yang baru kali pertama mengundi.

“Kita lihat ada kecenderungan mereka mengundi rakan kita daripada BERSATU,” katanya dalam satu kenyataan.

Tuan Ibrahim juga menafikan dakwaan BERSATU hanya mahu menumpang jentera PAS dalam menghadapi PRU15.

“Tak timbul soal tumpang-menumpang kerana bagi kita setiap parti ada kelebihan dan ada kekurangan yang kita saling tampung-menampung,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )