PAS Kedah tolak ‘khemah besar’

 PAS Kedah tolak ‘khemah besar’

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahaya, berkata pihaknya menolak sebarang usaha melaksanakan ‘khemah besar’ dalam kalangan parti politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sebaliknya kekal menyokong gagasan penyatuan ummah.

Katanya, rakyat kononnya sedar bahawa berlaku penipuan dan kerakusan dibuat kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mengambil alih pemerintahan negara selama 22 bulan selepas PRU Ke-14 lalu.

Jelasnya, berikutan itu agenda menyatukan semua kumpulan berteraskan ikatan Melayu-Islam perlu dilakukan pada PRU15 tanpa melupakan semangat kepelbagaian kaum yang ada di negara ini.

“PAS Kedah menyatakan sokongan terhadap gagasan penyatuan ummah sebagai strategi ampuh mendepani cabaran PRU Ke-15 akan datang. Pendirian ini selaras kenyataan dibuat kepemimpinan tertinggi PAS yang meletakkan keutamaan agenda menyatukan kesemua kumpulan berteraskan ikatan Melayu-Islam, di samping tidak melupakan kepelbagaian kaum di negara ini.

“PAS percaya prinsip penyatuan ummah adalah ramuan utama kerangka politik Islam sebagaimana yang disarankan dalam al-Quran dan diterapkan dalam kerangka Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Bahkan ia juga adalah asas yang meletakkan kepentingan Islam sebagai keutamaan sesuai dengan identiti Malaysia yang dijelaskan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )