PAS ‘berjaya’ buktikan perjuangan mereka ‘betul’

PAS ‘berjaya’ buktikan perjuangan mereka ‘betul’

Sebelum menjadi kerajaan pusat, Pas sentiasa mengkritik kerajaan yang memerintah, terutama ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai pemimpin Amanah, dalam hal larangan arak dan judi, serta mahu memerangi dan membanterasnya habis-habisan jika berkuasa nanti.

Tetapi sayang seribu kali sayang, setelah menjadi kerajaan, bilangan cabutan nombor ramalan yang telah dikurangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini kepada 8 kali setahun telah dinaikkan jumlahnya kepada 22 kali setahun.

Awal tahun ini, Miss Plus Malaysia 2020 (MPWM 2020) diadakan dengan penuh gilang-gemilang bersama keredhaan dan restu yang diberikan PAS yang sebelum ini kononnya melalak bagai separuh mati .

Hasil mesyuarat yang dihadiri wakil PAS, Pengarah Eksekutif Nasional MPWM 2020, Ziinine AS Britshi berkata Pemuda PAS mencadangkan penukaran nama atas alasan terdapat fatwa mengharamkan orang Islam menyertai acara ratu cantik.

Setelah menjadi kerajaan, semuanya sudah bertukar halal kepada PAS hanya dengan menukar nama dan kononnya sebagai jalan dakwah. Wow.. semudah itu PAS mempermainkan hukum dan mendalami ilmu usul fiqh dalam erti kata berdakwah. Bayangkan kalau ianya berlaku di zaman PH, rasanya runtuh langit dijerkah para walaun dan ulamak PAS. Itu sudah pasti!!

Paling menarik untuk dikongsikan, PAS menegaskan parti itu tidak pernah berhenti memperjuangkan pelaksanaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau RUU 355 seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, cuma buat masa ini parti itu memutuskan untuk memberikan keutamaan kepada usaha membendung koronavirus (Covid-19) dan pemulihan ekonomi kesan wabak itu.

Kukuh betul alasan yang diberikan oleh pemimpin PAS bila dipersoalkan tentang RUU 355 yang pernah dilaungkan dan dilalakkan sebelum ini. Kami tidak rasa kalian menangguhkan RUU 355 demi untuk fokus kepada kawalan penukaran Covid-19.

Sedangkan Menteri Kesihatan dan Timbalannya pun hilang entah ke mana. Menteri PAS sendiri yang melanggar SOP di kala rakyat dikerah untuk mematuhinya. Kisah At Takiri rasanya tidak pernah dilupakan rakyat.

Apa yang rakyat nampak RUU 355 hanya batu loncatan PAS untuk mendapat kuasa, batu itu dibiarkan ke tenggelam dulu tengah lautan setelah berkuasa. Jawatan dan kemewahan juga yang dicari PAS walaupun mengkhianati amanah yang diberikan rakyat.

Pembetulan: rakyat tidak pernah memberi amanah kepada PAS untuk mentadbir negara. Amanah itu dirompak di siang hari bersama gerombolan Muhyiddin dan Azmin Ali. Itu fakta dan itu sejarah.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )