PAS bakal jadi kerajaan sepenggal di Terengganu

PAS bakal jadi kerajaan sepenggal di Terengganu

PAS dijangka hanya dapat mentadbir Terengganu satu penggal ekoran pergolakan dalaman dan isu membelit Menteri besarnya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar termasuk hubungan dingin dengan istana.

Sumber memaklumkan, isu melibatkan Ahmad Samsuri Mokhtar kini genting sehingga istana hampir menarik balik gelaran Datuk Seri disandang Menteri Besar itu.

Hinggakan, Timbalan Menteri Sains Teknologi Inovasi Ahmad Amzad Hashim terpaksa diminta menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan antara Samsuri dan pihak istana.

Seorang sumber pemimpin PAS Terengganu yang enggan namanya disebut itu berkata, selain itu Menteri Besar juga dilihat kurang menumpukan isu negeri berkenaan.

Sumber mendakwa, Ahmad Samsuri kini dilihat sedang mengintai peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen bagi menyertai kabinet kerajaan Perikatan Nasional akan datang.

Minggu lalu, tersebar di media sosial tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh anak kepada Menteri Besar berkenaan yang mengibaratkan rakyat seperti sampah sehingga mengundang kecaman dan amaran daripada rakyat negeri itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )