Parlimen tempat paling bahaya buat Muhyiddin

Parlimen tempat paling bahaya buat Muhyiddin

Walaupun ketika ini, Perikatan Nasional hanya memiliki 109 sokongan ahli Dewan Rakyat, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menutup saluran bagi menafikannya.

Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Haji Abdul Khalid Samad menyifatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai seorang figura politik yang akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa dan kerajaan ‘Tebuk Atap’ ciptaannya.

“Muhyiddin sendiri pun kata mereka bukan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

“Tetapi apabila dapat kuasa maka dia akan lakukan apa sahaja yang perlu bagi mengekalkan kuasa termasuk gantung Parlimen supaya tiada saluran untuk jatuhkan dia sebagai Perdana Menteri,” kata Khalid.

Bekas Menteri Wilayah persekutuan itu berkata demikian ketika menjawab soalan dalam Rancangan Bual Bicara secara langsung – Bicara YB Khalid Samad yang bertajuk “Darurat: Parlimen Bersidang Kembali?”melalui siaran JOM Channel malam tadi.

Beliau berkata, Parlimen masih boleh bersidang walaupun dalam tempoh Proklamasi Darurat bahkan boleh juga diprorog (digantung) atau dibubarkan terpulang kepada keputusan Perdana Menteri.

Menurut Khalid, seiring dengan prinsip Machiavelli, yang menghalalkan matlamat, Presiden BERSATU itu akan menutup saluran untuk mempertikaikan keabsahannya.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menyifatkan Muhyiddin dan mereka yang keluar dari PAKATAN HARAPAN untuk menjatuhkan kerajaan adalah pengkhianat.

Beliau mengecam PAS, yang mengaku sebagai parti Islam, tetapi bersekongkol dengan pengkhianat. Sedangkan tindakan itu dilarang oleh Islam. Malah PAS juga diam seribu bahasa apabila Parlimen digantung.

Secara berseloroh, Khalid berkata Parlimen tidak dibuka kerana ia tempat yang ‘paling berbahaya’ buat Muhyiddin.

Kami di JOM Channel mendoakan agar Muhyiddin akan dapat menikmati tidur yang lena selepas ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )