Parlimen dibubar atau PM hilang sokongan, Kerajaan perlu berani bersidang

Parlimen dibubar atau PM hilang sokongan, Kerajaan perlu berani bersidang

Kerajaan perlu mempunyai keberanian untuk mengadakan sidang Parlimen walaupun negara sedang berada dalam keadaan darurat.

Pakar Perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, Perdana Menteri dan Kabinet juga perlu bersedia berhadapan dengan pelbagai situasi dan kemungkinan jika Parlimen bersidang semula.

Menurut Muhammad Fathi, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika persidangan itu dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

Sekiranya berlaku sebarang perkara dalam tempoh tersebut, beliau percaya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai kebijaksanaan untuk mengambil langkah bagi mencari jalan penyelesaian.

“Sama ada mungkin jika kita perhatikan dalam Ordinan Darurat, jika Parlimen terpaksa dibubarkan atau Perdana Menteri hilang kepercayaan, ada solusi yang saya percaya boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mencari penyelesaian,” katanya.

Kami di JOM Channel juga sangat bersetuju dengan padangan ini. Usah diperjudikan demokrasi berparlimen yang menjadi paksi Keluhuran Perlembagaan Negara demi untuk menjaga kedudukan dan penafian kehilangan majoriti seseorang Perdana Menteri.

Sesungguhnya Parlimen adalah tiang seri bagi sebuah negara demokrasi. Dewan mulia inilah yang menjadi tempat membantu dan mendengar keluhan rakyat, dan di dewan terhormat ini jugalah, wakil-wakil rakyat yang dilantik mencari kata sepakat demi masa depan negara.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )