Pandora Papers adalah bukti dan petunjuk – NGO

Pandora Papers adalah bukti dan petunjuk – NGO

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Gegar Malaysia dan Negeri Sembilan Update (NSU) menggesa Parlimen segera membincangkan isu pengaliran wang Malaysia ke luar negara berjumlah RM1,800 bilion sejak tahun 2004 hingga 2015, seperti dilaporkan oleh Global Financial Integrity (GFI).

Presiden Gegar Malaysia, Roslan Ismail berkata, ‘Panama Papers’ dan ‘Pandora Papers’ boleh dijadikan bukti dan petunjuk berkenaan aliran wang serta harta yang dialirkan secara haram juga rahsia ke luar negara.

Katanya, implikasi daripada pendedahan ini sangat serius dan wajib dibahaskan pada kadar segera di Parlimen Malaysia.

Ini supaya satu ketetapan dan tindakan dapat diputuskan agar Malaysia bebas daripada kemungkinan harta negara dimanipulasi untuk kepentingan peribadi pada masa akan datang melalui pengaliran wang keluar secara haram (tanpa tafsiran cukai seperti yang diisytiharkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri).

Memorandum berkenaan diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin selaku wakil kerajaan dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Roslan berkata, kerajaan hendaklah menjalankan siasatan yang telus, komprehensif dan tanpa konflik kepentingan supaya rakyat mendapat penjelasan penuh berkenaan perkara tersebut.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )