Panas!!! Petisyen desak Azmin letak jawatan dapat sambutan hangat

Panas!!! Petisyen desak Azmin letak jawatan dapat sambutan hangat

Gempar!!! Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali didesak meletakkan jawatan kerana disifatkan sebagai gagal dalam menjalankan tugasannya.

Kelihatan petisyen yang mendesak beliau berbuat demikian yang diuruskan oleh Change.Org itu kini telah menghampiri 100,000 tandatangan rakyat tidak sampai dalam masa sehari.

Desakan ini bermula apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang dipimpin Azmin meluluskan kilang arak beroperasi seperti biasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Walaupun ianya telah dibatalkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri, lebih 120,000 kilang dikatakan mendapat kebenaran untuk terus beroperasi, malah ada antaranya yang bukan tersenarai sebagai industri perlu.

Malaysia sekarang ini sedang ditertawakan media antarabangsa apabila dikatakan sedang melaksanakan PKP ‘separuh masak’.

Kemarahan rakyat terhadap tindakan Azmin ini telah mendapat liputan South China Morning Post yang berpengkalan di Hong Kong yang dikatakan telah mengetuai ‘Half baked Lock Down’ di Malaysia.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )