Panas!!!! Niat jahat: Maszlee saman Asyraf!

Panas!!!! Niat jahat: Maszlee saman Asyraf!

Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mengambil tindakan saman terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki atas kenyataan fitnah yang dikeluarkan sebelum ini.

Menurut beliau, atas nasihat daripada peguamnya, surat tuntutan berkenaan telah pun dihantar kepada Asyraf.

“Saya memberi arahan kepada peguam supaya surat tersebut menuntut Dr Asyraf Wajdi membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan kerana memfitnah.

Budaya politik fitnah jahat ini perlu dihentikan kerana ia sedikit pun tidak menguntungkan rakyat,” tambah beliau.

Katanya lagi sepatutnya sekarang ini ahli politik perlu fokus bantu rakyat dan memulakan budaya politik khidmat, bukan mencari salah, menuduh dan menfitnah sesuka hati.

Beliau berharap tindakan ini menyedarkan semua pihak, tidak kira dari parti mana, agar budaya fitnah jahat berunsur perkauman perlu segera dihentikan, apatah lagi ia melibatkan pendidikan negara dan pendidikan anak-anak.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )