Panas!!! Amanah Ledang ‘gantung’ hubungan dengan PKR!

Panas!!! Amanah Ledang ‘gantung’ hubungan dengan PKR!

Amanah Ledang dalam satu kenyataan mengecam tindakan ADUN Serom yang bertindak melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melihat ini tindakan khianat kepada parti yang telah membantu memenangkan beliau semasa PRU14.

“Ini satu perbuatan yang tidak beretika dan tidak menjaga adab sesama rakan komponen PH. Sepatutnya PKR menasihati ADUN Serom supaya kekal jadi ADUN Bebas sahaja sehingga tamat penggal atau DUN dibubarkan,” jelas kenyataan itu.

Menurut mereka berdasarkan kepada situasi semasa,  ahli-ahli PKR mengambil kesempatan untuk menyerang Amanah dan mengatakan Amanah telah gagal menjaga wakil rakyat mereka.

Sedangkan situasinya adalah tidak benar. Hakikatnya wakil rakyat berkenaan telah khianat kepada parti dan tidak menghormati parti yang telah mengangkat mereka sebagai calon sewaktu PRU14.

Sebelum ini, parti jugalah yang  telah bersusah payah bekerja dan berkempen sehingga wakil rakyat ini menang dan menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Justeru sebagai tanda protes ke atas pengkhianatan ADUN Serom dan juga penerimaan PKR, seluruh Jawatankuasa Amanah Ledang memutuskan untuk menggantung hubungan dengan PKR Ledang berkuatkuasa hari ini sehingga diberitahu.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )