Panas!!! 3 kenyataan ini bukti Hadi buta perlembagaan

Panas!!! 3 kenyataan ini bukti Hadi buta perlembagaan

Presiden PAS Dato’ Seri Hadi Awang sekali lagi menyalahkan pihak lain kecuali Kerajaan TEBUK ATAP yang disertainya.

“Rakyat yang menderita menghadapi pandemik COVID19 dicelarukan dengan pergolakan politik yang tidak patut diutamakan, apatah lagi diperbanyakkan sehingga terpaksa muntah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tahukah anda? TIGA kenyataan Hadi ini sudah cukup memberi jawapan bahawa beliau ‘buta politik’ dan ‘buta perlembagaan’.

Ayat Pertama – menyalahkan Datuk Seri Shafie Apdal.

“Tiba-tiba didominasi pula dengan isu pembubaran Kerajaan Negeri Sabah yang mewajibkan diadakan Pilihan Raya Negeri. Lihat dan renung siapa yang bertindak membubarnya.”

Beliau seolah-olah telah mensucikan kesalahan Tan Sri Musa Aman yang cuba merampas Kerajaan Warisan sehingga akhirnya menyebabkan Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan.

Ayat Kedua – ditujukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa menyebut nama:

“Kemudian rakyat digemparkan pula dengan surat cinta untuk menjadi Perdana Menteri yang dihantar kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong secara tidak lengkap tanpa senarai nama yang menyokong dan mendukung, supaya Tuanku diberikan ‘kerja tambahan’ untuk mengesahkan senarai nama yang tiada, kononnya atas nama strategi.”

Di mana salahnya Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong sebagai rakyat dan pemimpin pembangkang untuk memberi maklumbalas?

Ayat Ketiga – memperlekeh Ahli Parlimen yang menggunakan hak menuntut supaya diadakan undi tidak percaya kepada Muhyiddin Yassin.

“Seterusnya dihantar usul bagi mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang sedang bertugas supaya memanas dan menjolok kerusinya ketika melaksanakan tugas menghadapi COVID-19 yang menimpa rakyat dan sedang melanda seluruh dunia.”

Terima kasih Hadi Awang kerana mengingatkan bahawa rakyat wajib menjadi hakim yang adil dalam membuat pertimbangan dengan akal yang sihat.

Sekejap, ada soalan yang sepatutnya Hadi jawab, sudah berapa banyak pelaburan yang dibawa masuk dari Timur Tengah oleh Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri?

Mafish hagah..khalas (bahasa Arab yang bermaksud: habuk pun tak ada)

Apa yang admin tahu, sejak admin kecil lagi banyak sekali ‘dongeng rakyat’ yang mengatakan bahawa pemimpin PAS ini hanya tahu komplen kerja orang, tetapi diri sendiri makan gaji buta!!

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )