Pak menteri, sila ‘move on’, jom kita bersidang – Zahid

Pak menteri, sila ‘move on’, jom kita bersidang – Zahid

Negara sudah menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lebih banyak perniagaan dibenarkan dibuka.

Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan berkuat kuasa di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 5 Mac ini, manakala pada masa sama, penguatkuasaan PKPB kekal di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.

Bagi Melaka, Pahang,Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dikuatkuasakan, juga bermula 5 Mac ini. Penguatkuasaan PKPP kekal di Perlis.

Bermula 5 Mac pusat pelancongan, pawagam dan pusat penjagaan diri dibenarkan beroperasi tertakluk prosedur operasi standard (SOP) membendung penularan Covid-19.

Agak-agaknya bila pula Parlimen boleh kembali bersidang?

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan bilakah kerajaan berhasrat untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah supaya mengadakan persidangan Parlimen.

Ahmad Zahid berkata, Yang di-Pertuan Agong telah bertitah bahawa “tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat.”

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, sidang Dewan Rakyat perlu berlangsung walaupun dalam keadaan darurat.

“Pak Menteri sila ‘move on’. Jom kita bersidang demi kepentingan rakyat dan negara. Inikan negara demokrasi,” katanya lagi.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )