‘Nyawa Dulu Baru PRU’, Zahid masih tak puas hati

‘Nyawa Dulu Baru PRU’, Zahid masih tak puas hati

Nampaknya Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, belum berpuas hati apabila mendakwa Pakatan Harapan (PH) cuba ‘membeli masa’ untuk melengahkan pilihan raya umum (PRU) diadakan, dengan menggunakan isu banjir.

Beliau berkata, kononnya tindakan pembangkang yang semakin hangat memainkan isu banjir untuk mengelak PRU menyebabkan ada segelintir anggota kerajaan terpengaruh dengan dakyah ini tanpa menilai perspektif yang meluas.

“Kebimbangan sebenar pembangkang apabila pengundi Melayu yang mewakili populasi terbesar negara kurang berminat menyokong gabungan itu ketika gendang pilihan raya dipalu Barisan Nasional (BN).

“PH hampir menemui jalan buntu dan tidak mempunyai pilihan selain memerlukan lebih banyak masa. Dengan kata lain, PH cuba ‘membeli masa’ untuk melengahkan PRU diadakan,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menegaskan ucapannya bahawa parti itu sanggup meredah banjir jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini, sengaja dimanipulasi kononnya BN tidak mempedulikan keselamatan rakyat.

Beliau menjelaskan, ucapannya pada majlis pelancaran Jentera Pemuda BN baru-baru ini bagi menyatakan semangat serta kesiapsiagaan, selain memberi gambaran kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, bahawa jentera parti sanggup meredah segala cabaran demi memastikan kemenangan PRU15 milik BN.

Sabtu lalu, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menganjurkan protes ‘Nyawa Dulu Baru PRU’ bagi membantah hasrat PRU15 diadakan lebih awal pada musim tengkujuh.

Ahmad Zahid berkata, menurut sumber portal Malaysianow pemimpin PH diberitahu supaya membangkitkan isu seperti bencana banjir dan kenaikan inflasi supaya pembubaran Parlimen dalam masa terdekat ini dapat dielak

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )