Noh cuak, minta Rafizi tengok kubur PKR dahulu

Noh cuak, minta Rafizi tengok kubur PKR dahulu

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dengan angkuh mengingatkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli agar tidak menyibuk perihal parti lain.

Malah menurut Noh, seharusnya Rafizi melihat PKR yang hampir terkubur di tiga negeri.

“Beritahu Rafizi, Johor, Melaka dan Sarawak (PKR) dah nak terkubur. Tengok kubur PKR dululah,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai ramalan Rafizi dalam program Ceramah Rapat Mega Keadilan bahawa UMNO dan BN akan terkubur dalam tempoh enam tahun lagi.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu dilaporkan berkata, adalah mustahil untuk UMNO yang sudah rosak boleh membina semula kekuatan dari bawah.

Menurut Noh, Rafizi sepatutnya berhenti daripada memperdayakan rakyat.

“Dulu pun dia pernah kata (UMNO akan terkubur), kasihan kat dialah. Cukup-cukuplah Rafizi menipu rakyat,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )