Negeri Serambi Mekah ‘juara’ kes penyalahgunaan dadah

Negeri Serambi Mekah ‘juara’ kes penyalahgunaan dadah

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan negeri di pantai timur Semenanjung, Kelantan mencatatkan kes paling ramai dalam kalangan pelajar sekolah rendah hingga menengah berusia 12 hingga 20 tahun terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Dilaporkan bahawa seramai 1,417 individu terjebak bagi tempoh tiga tahun sejak 2018 hingga Jun lalu.

Menurutnya, remaja dan pelajar sekolah sentiasa berisiko terdedah dengan penyalahgunaan dadah akibat kewujudan pelbagai jenis dadah sintetik yang semakin berleluasa.

Ujarnya, kumpulan dadah yang paling menjadi pilihan pelajar ialah Amphetamine-Type Stimulants (ATS) seperti syabu, pil kuda dan ekstasi apabila sebanyak 8,052 ketagihan direkodkan.

“Apa yang membimbangkan, ketagihan akan menjadi lebih teruk apabila penagih bergantung kepada dadah ini sehingga menyebabkan masalah mental,” tegasnya.

Zulkifli berkata, kemasukan dadah dipercayai melalui jalan-jalan tikus memandangkan kedudukan negeri-negeri terbabit yang berdekatan dengan negara-negara jiran.

Tahun lepas, Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat dikesan berlaku seawal usia tujuh tahun.

Statistik terkini pula menunjukkan 74 peratus penagih baharu datang dari golongan berusia 19 hingga 39 tahun. Pada setiap hari kira-kira 70 penagih dadah baharu direkodkan dan angka ini amat membimbangkan apabila dadah kini menjadi pilihan utama masyarakat.

Beliau menggesa ibu bapa agar memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam kegiatan berkenaan.

“Ini kerana kita dapati punca utama penyalahgunaan dadah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berlaku atas faktor kekurangan masa ibu bapa bersama anak-anak selain tidak mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan.

“Oleh itu, dalam tempoh seminggu sekurang-kurangnya perlu ada sekali waktu perlu diluangkan ibu bapa untuk anak-anak mereka,” katanya.

Inilah dia masalah di hadapan mata yang cuma dipejamkan oleh pemimpin politik yang hanya sibuk mencari kuasa dan kekayaan sendiri. Ibu bapa terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk keluarga sehingga kebajikan anak-anak terbiar.

Sungguh memalukan apabila negeri-negeri yang terbabit majoriti penduduknya beragama Islam. Salah DAP juga ke? Atau mahu menunggu Ustaz Ebit selesaikan isu ini?

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] Negeri Serambi Mekah ‘juara’ kes penyalahgunaan dadah […]

  • Disqus (0 )