Nazri Aziz tarik sokongan, PN hanya ada sokongan 109 berbanding 111.

Nazri Aziz tarik sokongan, PN hanya ada sokongan 109 berbanding 111.

Selepas tiga hari Ahli Parlimen Machang dari Umno, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz juga mengambil keputusan sama.

“Dengan ini secara rasminya saya menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin untuk membentuk kerajaan sedia ada.

“Keputusan ini ialah kerana bagi saya inilah yang terbaik untuk parti saya. Kita tidak menentukan bila pilihanraya tapi kita tarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin hari ini,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu Pengarah Pilihan Raya Umno merangkap ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak.

Nazri yang juga bekas Menteri Pembangunan Usahawan itu berkata, dengan keputusan yang diambilnya itu, kerajaan PN hari ini hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja daripada 220 ahli Parlimen.

Dua daripada jumlah keseluruhan Dewan Rakyat, kosong kerana kematian wakil penyandangnya iaitu Liew Vui Keong (Batu Sapi) dan Hasbullah Osman (Grik).

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) hanya memiliki 91 Ahli Parlimen manakala 17 Ahli Parlimen pembangkang lagi tidak menyertai mereka.

Tindakan Nazri Aziz menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebabkan kerajaan Perikanan Nasional hilang sokongan majoriti dan telah tumbang

Zulhazmi ShariffPeguam Zulhazmi Shariff berkata, “keadaan sekarang Muhyiddin cuma ada 109 berbanding yang tidak menyokong 111, maka dengan rasmi kerajaan tumbang.

“Sekarang terletak pada budibicara Yang Dipertuan Agong (YDPA) memanggil Muhyiddin menasihatkan meletak jawatan dan seterusnya melantik seorang Ahli Parlimen lain sebagai PM yang baru bagi mentadbir negara dalam situasi darurat sehingga darurat ditamatkan.

“Mohon merafak sembah ke bawah Duli Tuanku menggunakan wewenang Tuanku demi negara dan warga seluruhnya,” tulis beliau menerusi facebooknya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )