Nasihat Abah ditolak, tolonglah ada rasa malu!

Nasihat Abah ditolak, tolonglah ada rasa malu!

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk tidak mengisytiharkan darurat itu jelas memperkukuh sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

“Ia ternyata suatu ketetapan yang berlandaskan semangat Perlembagaan dan memahami denyut nadi keresahan dan suara rakyat seperti yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin politik, masyarakat madani, tokoh-tokoh akademik dan pihak media yang bertanggungjawab yang menginginkan agar sistem demokrasi tidak dinodai,” tegasnya.

Parti gabungan PAKATAN HARAPAN bersetuju bahawa semua pihak harus BERSATU dalam menangani pandemik COVID-19 dan masalah ekonomi berikutnya.

“Raja-raja berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang kerajaan dan peranan Seri Paduka Baginda untuk mengimbangkan pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa.

“Raja-raja turut menegaskan pentingnya prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen diterjemahkan melalui budaya pemerintahan yang pada setiap masa meluhurkan Perlembagaan Negara dan mendaulatkan undang-undang dan mengutamakan kebajikan rakyat jelata.”

Di samping itu Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga wabak COVID-19 dapat segera dibanteras dengan berkesan.

JOM Channel mengucapkan tahniah di atas bijaksana Yang di-Pertuan Agong dan bersyukur kerana kedaultan undang-undang dan institusi demokrasi terus dipertahankan.

Penolakan Yang di-Pertuan Agong ini menggagalkan usaha Kerajaan PERIKATAN NASIONAL, yang begitu bersungguh-sungguh mahu darurat diistyharkan seperti yang diwar-warkan mereka.

Maknanya dari segi moral, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 69 Menteri dan Timbalan menterinya, serta tiga Duta Khasnya yang mahu menggantung sidang Parlimen,  boleh dianggap kalah.

Jika mereka ada maruah, dan perasaan malu, sepatutnya mereka meletakkan jawatan.

Bahasa mudahnya: Serahkan kembali hak PH yang kalian rampas!!

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )