Nak tunggu kontraktor gulung tikar, baru kerajaan nak bertindak??!!

Nak tunggu kontraktor gulung tikar, baru kerajaan nak bertindak??!!

Peningkatan mendadak kos bahan binaan di Malaysia adalah sangat membimbangkan. Jika ini berterusan, dikhuatiri banyak kontraktor pembinaan tempatan, terutamanya syarikat Bumiputera bersaiz kecil, terpaksa gulung tikar.

Lebih membimbangkan, kenaikan kos bahan binaan ini akhirnya akan meningkatkan harga rumah dan seterusnya menghalang ramai rakyat Malaysia membeli rumah.

ADUN Permatang Pasir, Faiz Fadzil dalam satu kenyataan media menzahirkan kebimbangan, apabila kontraktor pembinaan tempatan dihimpit kos yang tinggi, pada ketika industri itu menghadapi masalah kekurangan pekerja.

Walaupun masalah-masalah ini telah berlanjutan untuk berbulan lamanya, kerajaan UMNO-BERSATU-PAS masih gagal mengambil langkah-langkah berkesan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Adakah kerajaan hanya akan bertindak apabila semakin banyak kontraktor gulung tikar?,” soal beliau.

Justeru tegas Faiz, kerajaan perlu jelaskan apakah pelan tindakan mengatasi masalah ini bagi membantu kepentingan kontraktor kecil yang kebanyakannya orang Melayu.

Dalam kenyataan itu, Faiz turut menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil kerajaan antaranya, menghentikan aktiviti monopoli import bahan binaan, terutamanya besi, untuk menstabilkan harga bahan binaan.

Sistem lesen import (AP) perlu diliberalisasikan supaya campur tangan sesetengah kroni yang menjana “untung atas angin” dapat dibendung dan harga bahan binaan seperti besi dapat dikurangkan.

Sementara itu, pihak pemaju perumahan pula wajar dikecualikan daripada menanggung kos “contribution & compliance” yang tidak munasabah. Misalnya, kos pembinaan pencawang elektrik dan paip air utama sepatutnya ditanggung oleh TNB dan syarikat pengurusan air negeri.

“Adalah tidak relevan jika para pemaju dipaksa menanggung kos “contribution & compliance” padahal syarikat berteraskan keuntungan seperti TNB sepatutnya dapat menyerap kos sedemikian,” ujar beliau.

Beliau turut menyeru kerajaan Ismail Sabri agar keluar dari gua dan akui kesan inflasi yang semakin teruk ke atas rakyat, khususnya golongan B40.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )