Najib masa jadi PM, adil ke dia? Sekarang cakap pasal bahagi kek

Najib masa jadi PM, adil ke dia? Sekarang cakap pasal bahagi kek

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sama ada Dato’ Sri Najib Tun Razak sudah memastikan kek ekonomi dibahagi adil ketika memegang tampuk pemerintahan negara sebelum ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau tertanya-tanya adakah Ahli Parlimen Pekan ada melakukan perkara itu sewaktu menjadi Perdana Menteri.

“Masa dia (Najib) jadi Perdana Menteri tak ada sama rata. Sekarang ini bila tak jadi Perdana Menteri (kata) mesti sama rata,” katanya ketika mengulas analogi kek ekonomi digunakan Najib pada Program Debat Perdana pada Khamis lepas.

Sewaktu berhujah pada program Debat Perdana yang turut menampilkan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Najib menggunakan analogi kek untuk ekonomi, yang mana kerajaan harus membesarkan kek sebelum kek dihiris kepada rakyat.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )