Musa Aman, hentikan drama bohong rakyat!!

Musa Aman, hentikan drama bohong rakyat!!

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menyalahkan Datuk Seri Shafie Apdal dan Warisan Plus sebagai punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di Sabah dan seluruh negara.

Beliau menggesa Warisan Plus mengakuinya, dan bukannya menyalahkan dirinya dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Beliau boleh memilih untuk meletak jawatan secara bertanggungjawab atau membawa Sabah ke kancah pilihan raya ketika pandemik Covid-19. Beliau membuat pilihan yang jelas salah dan mementingkan diri sendiri,” ujar Musa

Musa juga menegaskan, bahawa beliau dan 32 bekas wakil rakyat yang menyatakan sokongan terhadapnya untuk membentuk Kerajaan Negeri pada 29 Julai 2020 lalu tidak pernah memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau pilihan raya diadakan di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Malah katanya, beliau telah memohon penangguhan pilihan raya di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan kerana tidak mahu membahayakan nyawa rakyat.

“Jelas, peningkatan mendadak kes jangkitan Covid adalah berpunca daripada mereka yang menyebabkan pilihan raya dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri.

“Saya menolak keras fitnah melampau dan tuduhan tidak berasas yang dibuat terhadap mereka yang menyokong saya dan diri saya, kononnya kami menjadi punca peningkatan kes pandemik COVID-19 di Sabah dan seluruh negara.

Musa Aman mahu Shafie Apdal bertindak sebagai seorang budiman, dan bertanggungjawab meletakkan jawatannya, setelah 32 wakil rakyat termasuk katak-katak politik bertindak menyokongnya.

Adakah beliau sendiri seorang yang budiman apabila memujuk wakil rakyat Sabah melompat dan menyokongnya di tengah-tengah pandemik COVID-19?

Sedangkan perbuatan merampas kuasa itu sendiri bukanlah sifat yang budiman dan melencong terkeluar dari garis demokrasi berperwakilan.

Sementara itu menarik untuk ditanya, benarkah beliau terlibat ‘membeli’ wakil rakyat umpama ‘kraftangan’ seperti yang didakwa Shafie Apdal?

Pilihan Raya Negeri Sabah diakui oleh Perdana Menteri TEBUK ATAP, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyebab pandemik COVID-19 kembali mengganas.

Dan puncanya adalah anda sendiri, Musa Aman yang obses mahu menjadi Ketua Menteri Sabah, di tengah-tengah negeri Sabah dan negara berhadapan dengan COVID-19.

Tidak ada kata-kata yang dapat melegakan kesedihan ahli keluarga yang kehilangan yang tersayang akibat COVID-19 di Sabah dan seluruh negara.

Sampai bila anda hendak berdrama membohongi rakyat?

Andalah yang sewajarnya berhenti membohongi diri sendiri dan rakyat dengan sandiwara sedih kerana gagal menjadi Ketua Menteri Sabah.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )