Muhyiddin tolak Zahid- Drama politik TPM ‘AbahCow’ diteruskan

Muhyiddin tolak Zahid- Drama politik TPM ‘AbahCow’ diteruskan

Wow, drama politik AbahCow memang menarik untuk disaksikan bersama!

Perdana Menteri Tebuk Atap, Muhyiddin Yassin didakwa sedang menunggu Umno mencalonkan pemimpin parti itu yang dianggap boleh diterima untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Presiden Bersatu itu bersedia melantik seorang wakil Umno ke jawatan berkenaan dan terserah kepada parti terbabit untuk mengemukakan calon.

Bagaimanapun kata sumber berkenaan Muhyiddin tidak dapat menerima Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sebagai timbalannya kerana ahli parlimen Bagan Datuk itu masih dibicarakan di mahkamah.

Muhyiddin dikatakan boleh menerima Timbalan Presiden Umno-Mohamad Hasan, Naib Presiden Umno- Ismail Sabri Yaakob atau Hishammuddin Hussein yang kini tiada sebarang jawatan dalam parti.

Muhyiddin cuma menunggu cadangan daripada Umno, tapi jika mereka bertegas mahukan Zahid, maka bermakna timbalan perdana Menteri u pasti bukan milik Umno.

Untuk rekod, Muhyiddin tidak melantik timbalan perdana menteri seperti biasa yang dilakukan pemimpin terdahulu.

Sebaliknya dia melantik empat menteri kanan. Daripada jumlah itu dua adalah dari Bersatu, seorang Umno dan seorang lagi Gabungan Parti Sarawak.

Menurut laporan itu lagi, seorang sumber dari Umno mendakwa parti berkenaan diminta membentuk sebuah jawatankuasa rundingan bagi membincangkan terma baru kerjasama mereka dengan Bersatu, termasuk pelantikan timbalan perdana menteri dan jawatan lain.

Jika Muhyiddin gagal memuaskan hati Umno, kata sumber-sumber, mereka akan mendesak agar pilihan raya umum (PRU) diadakan sebaik saja ancaman Covid-19 berkurangan.

Katanya pertemuan Majlis Tertinggi Umno semalam turut membincangkan kemungkinan menyegerakan PRU.

“Tapi ini bergantung kepada langkah lanjut Muhyiddin, termasuk jika dia mengemukakan tawaran baru kepada Umno seperti pelantikan timbalan perdana menteri, usaha menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi,” kata sumber yang hadir dalam pertemuan semalam.

Ternyata, mereka dalam kerajaan yang terus ‘berpolitik’, drama politik terus dimainkan dengan pelbagai episod menarik. Lalu dikaburi mata rakyat dengan Perdamaian Nasional yang kononnya merentasi fahaman parti politik.

Juga jelas di sini, bahawa yang memerlukan Gencatan Politik adalah UMNO, PAS dan gerombolannya, bukannya pembangkang.

Darurat yang dijaja kononnya kerana ancaman COVID 19, hanya sekadar samarinda dan drama jam 7 malam untuk mengaburi mata rakyat maraein, tapi di sebaliknya tersimpan sejuta rahsia yang bakal menjahanamkan negara.

Kuasa, kedudukan, kepuakan, ghanimah dan ketamakan dunia menjadikan kerajaan hari ni hilang arah dan berenang tanpa tepian. Akan tiba masanya karamlah ia ditelan gelombang.

 

Berani Kerana Benar!!

Editor (Jom Channel.Net)

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )