Muhyiddin ternyata gagal, perlu ditukar!!

Muhyiddin ternyata gagal, perlu ditukar!!

Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Seri Ahmad Maslan berkata UMNO sedang  mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan PERIKATAN NASIONAL.

Malah sebelum ini, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau tidak dapat menghalang jika Ahli Parlimen UMNO bertindak menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Tahukah anda, dalam beberapa perkara berhubung tindakan BERSATU, UMNO dilaporkan sependapat dengan pimpinan PAKATAN HARAPAN bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah gagal dalam pendekatannya demi menangani masalah ekonomi susulan serangan COVID-19.

Terkini pentadbiran Muhyiddin Yassin terus dikecam apabila diberitakan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL telah meluluskan pinjaman sebanyak RM1 bilion kepada syarikat penerbangan murah Air Asia tetapi mengabaikan MALAYSIA AIRLINES.

Menurut Nikkei Asia pinjaman itu akan datang dari beberapa bank tempatan dan diperpanjangkan di bawah skim Danajamin Prihatin.

Malah Kementerian Kewangan dilaporkan akan menjamin 80 peratus pinjaman tersebut.

Maknanya, rakyat Malaysia yang akan bertanggungjawab jika Air Asia bermasalah, bukan Tan Sri Tony Fernandes, pengasasnya.

Skim Danajamin Prihatin diperkenalkan oleh Muhyiddin Yassin untuk memberikan bantuan kewangan kepada syarikat yang terjejas wabak coronavirus. Jaminan kerajaan adalah untuk lima tahun pertama tempoh pembiayaan.

Namun jika ia sekadar membantu bilionaire seperti Liew Kee Sin, Syed Mokhtar Al Bukhary dan Tony Fernandes, tetapi membiarkan ribuan rakyat marhaen terkapai-kapai, jelas Muhyiddin Yassin gagal!

Justeru, jika kita tidak mahu negara ini musnah, kita tiada pilihan kecuali menukar kepimpinan sekarang kepada yang mampu menawarkan pakej rangsangan ekonomi yang lebih adil, sama rata dan seimbang.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )