Muhyiddin sogok Ku Li – SPRM diminta bertindak!!

Muhyiddin sogok Ku Li – SPRM diminta bertindak!!

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau dikenali sebagai Ku Li mendedahkan beliau disogok jawatan sebagai Penasihat Petronas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata “Penolakan kerana prihatin terhadap Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan berkaitan ‘hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen’ sekiranya ‘memegang sesuatu jawatan berpendapatan’.

Menurut Ku Li sogokan politik seperti ini menggambarkan demokrasi berperlembagaan negara menghadapi cabaran serius dan semakin parah pada masa ini.

Persoalannya, mengapa hingga sekarang pihak Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu?

Menurut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 adalah menjadi satu kesalahan jika mana-mana ahli Parlimen yang menawarkan, memberi atau menerima suapan daripada mana-mana pihak mengikut kepentingan diri.

Jadi mengapa sehingga sekarang tiada tindakan daripada pegawai SPRM? Ini adalah rasuah yang sangat berat jika benar apa yang dikatakan oleh Ku Li. Berdasarkan Akta SPRM 2009 4 kesalahan rasuah yang utama iaitu :

  1. Meminta atau menerima rasuah (Seksyen 16 dan 17(a) Akta SPRM 2009
  2. Menawar atau memberi suapan Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009
  3. Mengemukakan tuntutan palsu Seksyen 18 Akta SPRM
  4. Menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam (Seksyen 23 Akta SPRM 2009)

Yang jelas dakwaan Ku Li berada di bawah satu kesalahan utama SPRM iaitu Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Ketua Penerangan AMK Terengganu, Haziq Zolkiflee mendesak pihak SPRM untuk membuka kertas siasatan sekiranya dakwaan tersebut ada asas dan kebenarannya.

“Saya mendesak pihak SPRM membuka kertas siasatan menyiasat dakwaan yang cukup serius ini, kita tidak mahu SPRM membuat dakwaan terpilih sahaja. Apabila sesuatu kes membabitkan orang politik SPRM juga perlu tegas dalam melakukan siasatan. Kita tidak mahu badan SPRM berada di bawah telunjuk orang politik. Siasatan telus perlu dilakukan segera.” tegas Haziq dalam satu kenyataan.

 

BeraniKerana Benar!!

Editor (Jom Channel.Net)

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] GEMPAR POLITIK TERKINI (151020)MUHYIDDIN SOGOK KU LI – SPRM DIMINTA BERTINDAK!! 👇🏻https://jomchannel.net/muhyiddin-sogok-ku-li-sprm-diminta-bertindak/ […]

  • Disqus (0 )