Muhyiddin Gila Kuasa: Azmin, Hamzah jadi ‘kambing hitam’

Muhyiddin Gila Kuasa: Azmin, Hamzah jadi ‘kambing hitam’

Percubaan Kerajaan TEBUK ATAP menggunakan pandemik COVID-19 untuk mendapat kuasa mutlak umpama diktator gagal.

Dengan majoriti 2 kerusi, PERIKATAN NASIONAL memiliki hanya 113 sokongan Ahli Parlimen, tindakan Tengku Razaleigh sudah tentu mengusarkan Muhyiddin

Akhirnya harapan dipautkan kepada pengisytiharan darurat dengan menggunakan alasan pandemik COVID-19.

Lalu didendangkan kebaikannya langkah darurat ini yang disokong kuat oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Azmin Ali, yang lantang membidas Anwar Ibrahim, kononnya ‘GILA KUASA’.

Nampaknya, cubaan untuk membentuk pemerintahan mirip diktator menerusi langkah darurat itu digagalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang bersidang pada Ahad lalu.

Kini jari dituding ke arah Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainuddin yang kononnya memberi nasihat yang salah kepada Perdana Menteri.

Seolah-olah kedua Menteri kanan itu mahu dijadikan ‘KAMBING HITAM’ di atas ‘KESIPUAN’ Muhyiddin yang cadangannya dibakulsampahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Takkan Muhyiddin tidak ada pendirian sendiri sehingga beliau dipengaruhi sepenuhnya oleh dua orang Menteri kanan?

Justeru, tuntutan pemimpin pembangkang agar Muhyiddin meletakkan jawatan itu amat munasabah.

Namun kononnya beliau dipujuk supaya jangan melepaskan jawatannya.

Sungguh! Ramai yang akan terjejas periuk nasi jika Muhyiddin meletakkan jawatan Perdana Menteri, lebih-lebih lagi 70 menteri dan 3 Duta Khas bertaraf menteri. Belum lagi sebut senarai penerima jawatan GLC. Boleh jadi papa kedana diorang ni.

Sekarang, SIAPA YANG GILA KUASA?

Sudah tentu bukan Anwar Ibrahim yang hanya mahu mengambil balik mandat yang telah dicuri menerusi Langkah Sheraton pada Februari lalu.

Suka tak suka, Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini akan terus dilabel Kerajaan yang masuk ikut TEBUK ATAP, dan kini cuba keluar menerusi pintu kecemasan kerana kononnya darurat!

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )