Muhyiddin dah koyak rabak, angkatlah ‘bendera putih’

Muhyiddin dah koyak rabak, angkatlah ‘bendera putih’

Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria menyatakan pandangan beliau bahawa dalam situasi kronik dan kelam-kabut ketika ini, tindakan yang terbaik bagi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah melepaskan jawatan beliau sebagai PM dengan kadar segera.

Beliau berkata, apabila Yang di-Pertuan Agong memanggil semua ketua-ketua parti menghadap, maka dengan itu PM harus menyedari dia sudah tidak diyakini dan boleh diibaratkan kini berada pada situasi yang genting.

“Bak kata pepatah, ia kini ibarat telur di hujung tanduk mahupun perumpamaan yang sinonim iaitu umpama nyawa-nyawa ikan.

“Sebetulnya dalam kalangan rakyat, reputasi PM kini sudah tercalar, koyak-rabak apabila semua ketua-ketua parti menghadap. Sekiranya Muhyiddin tidak melepaskan jawatan, memanjangkan tempoh darurat sahaja mampu menyelamatkan beliau.

“Sekiranya Muhyiddin bersetuju Parlimen dibuka, peraturan pertama Parlimen sudah tentu menguji keabsahan beliau sebagai PM dan impaknya sukar bagi Muhyiddin mencapai sokongan majoriti mudah dari seluruh kerusi Parlimen sedia ada,” tegas beliau.

Sejajar dengan itu kata Dr Zaidi, adalah lebih baik bagi Muhyiddin terlebih awal mengangkat ‘bendera putih’.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )