Mudah-mudahan hari ini selesai, saya tak berani nak kata

Mudah-mudahan hari ini selesai, saya tak berani nak kata

Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengharapkan kerajaan baharu dapat dibentuk segera.

Seri Paduka Baginda yang tiba di Istana Negara melalui pintu dua pada jam 2.20 petang bertitah, tidak dapat memberikan masa yang tepat bila kemelut pembentukan kerajaan dapat diselesaikan.

“Mudah-mudahan hari ini (selesai), Insya-ALLAH. Saya tak berani nak kata.

“Saya harap semua bersabar. Tunggu keputusan rakyat, wakil rakyat dan Yang Di-Pertuan Agong,” titah Seri Paduka Baginda ketika ditemui media di luar Istana Negara pada Selasa.

Ketika ditanya nasihat Seri Paduka Baginda untuk rakyat, Al-Sultan Abdullah berkata, semua pihak perlu bersikap rasional.

“Be rational and we have to move on untuk negara kita yang tercinta,” titah Seri Paduka Baginda.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )