Muafakat Nasional: Nak khatam atau tidak, tak tahulah…

Muafakat Nasional: Nak khatam atau tidak, tak tahulah…

Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamad Hasan berkata, perbincangan mengenai status Muafakat Nasional (MN) kini sudah sampai ‘surah terakhir’ namun keputusan sama ada untuk khatam bergantung kepada keputusan parti.

Menurutnya, perbincangan akan dilakukan dalam mesyurat biro politik dan mesyurat Majlis Tertinggi UMNO.

“Kita dah sampai surah terakhir dan surah akhir dah baca dah. Cuma nak khatamnya belum lagi. Majlis khatamnya nanti tunggulah.

“Nak khatam atau tidak, tak tahulah. Jadi kita akan buat keputusan di peringkat parti. Nasihat saya adalah biar parti buat keputusan.

“Kepimpinan, Presiden telahpun memberikan pandangan. Kita akan bincang pandangan dan nasihat ataupun apa yang dicakap oleh Presiden dan juga pandangan-pandangan lain,” katanya.

Justeru, beliau berharap tiada pihak yang membuat andaian secara berlebih-lebihan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )