Moratorium bersasar: Tak payah jadi kerajaan la kalau bodoh!!!

Moratorium bersasar: Tak payah jadi kerajaan la kalau bodoh!!!

Nampaknya setelah mendengar Perutusan Khas yang dibuat oleh Bapa Perutusan Khas Malaysia beberapa hari lalu, banyak pihak yang tidak berpuas hati mengenai isu Moratorium pinjaman bank yang dibuat bersasar.

Respon kepada persoalan ini, berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh bekas Pegawai Tugas-tugas Khas II kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Zulhazmi Shariff.

“Kenapa moratorium secara bersasar? Secara jawapan mudahnya kerana KERAJAAN BODOH!!! Mudah sangat.

“Sekarang dalam keadaan darurat. Kerajaan Bodoh ini sendiri yang mohon darurat.

“Semasa darurat, Kerajaan boleh gubal apa saja Ordinan untuk apa saja tujuan termasuk yang paling penting mempertahankan kuasa seperti dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021,” katanya tegas dalam satu kenyataan.

Beliau turut mempertikaikan kenapa kerajaan tidak boleh menggubal satu Ordinan untuk mewajibkan moratorium untuk rakyat dalam keadaan darurat?

Malah beliau mempersoalkan Ordinan Berita tidak benar yang boleh dimasyhurkan oleh kerajaan TEBUK ATAP sebelum ini.

“Nak sakau duit KWAN pun boleh. Takkan nak bantu rakyat terbanyak tak boleh dan guna alasan bukan kerajaan punya. Tak payah jadi kerajaan la kalau bodoh!!!” tempelak Zulhazmi.

Sebelum ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz disifatkan sebagai dangkal dan tidak cerdik.

Beliau menyatakan bahawa moratorium terpaksa dibuat secara bersasar kerana bank bukan hak milik kerajaan.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )