MN huru-hara sebab agenda peribadi pemimpin UMNO

MN huru-hara sebab agenda peribadi pemimpin UMNO

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah mendedahkan agenda peribadi yang diperjuangkan oleh sesetengah pemimpin UMNO menjadi punca kerjasama antara dua parti itu menerusi Muafakat Nasional (MN) menjadi huru-hara.

Oleh itu katanya, UMNO perlu segera menyelesaikan masalah tersebut bagi membolehkan kerjasama menerusi MN kembali ke landasan asal sebagaimana sebelum ini.

“Kita bukan menunggu kata putus UMNO dalam membuat keputusan (MN), tetapi PAS berharap pimpinan UMNO dapat berfikir semula untuk kepentingan ummah dan negara melalui kerjasama MN,”

Menurutnya, PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang keputusan untuk berpisah dengan UMNO dalam MN.

Beliau berkata, yang membuat keputusan untuk berpisah dengan MN ialah UMNO Kelantan.

Mohd Amar berkata, selain itu UMNO Terengganu antara kumpulan awal yang mahu melawan PAS di negeri berkenaan.

“Mursyidul Am (Datuk Hashim Jasin) sudah membuat kenyataan bahawa PAS dengan MN masih kekal.

“Sekarang ini masalah dalam UMNO (kenyataan berkait MN yang dilihat sering bercanggah) bukan daripada PAS,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )