MITI tak jalan dah. Azmin Ali, you memang fail!!!

MITI tak jalan dah. Azmin Ali, you memang fail!!!

“MITI tak jalan dah. MITI tak boleh pakai. Azmin Ali, you memang fail,” tegas Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff dalam rakaman video secara langsung selama tujuh minit di Facebook hari ini yang telah dikongsikan lebih 1,000 warganet hanya dalam tempoh tiga jam selepas bersiaran.

Beliau mendedahkan banyak menerima aduan rakyat daripada kalangan pekerja kilang sekitar Sunga Petani yang bimbang dengan risiko jangkitan apabila dipaksa pihak majikan untuk hadir bekerja.

Bekas calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sungai Petani pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) itu menyifatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai gagal mengekang penularan pandemik.

“Rintihan pekerja-pekerja kilang, ada kawan mereka yang positif tetapi majikan, ada (pekerja) yang pakai gelang, pun suruh mai datang kerja.

“Apabila pekerja-pekerja kilang ini positif Covid-19, berjangkit pada yang lain, balik ke rumah, berjangkit pula pada anak dan ahli keluarga,” dakwanya.

Sehubungan itu, beliau menuntut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkaji semula syarat-syarat kebenaran untuk kilang beroperasi sepanjang tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mulai 15 Jun hingga 28 Jun ini.

Shahanim menegaskan sekatan pergerakan penuh yang dikenakan kepada rakyat dengan terpaksa duduk di rumah tidak berhasil melandaikan lengkung rantaian kes Covid-19 jika kilang-kilang terus dibenarkan beroperasi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )